Assalamualaikum
AlhamduliLLAH thummal HamduliLLAH..
Pihak PtiafM Zon Selatan mengucapkan selamat Menyambut Syawal.. didalamnya ada puasa 6 , dikurniakan oleh ALLAH SWT kepada kita, untuk mengurangkan kerinduan kita kepada Ramadhan yang berlalu. mengajar ummatnya bersyukur dan membesarkanNYA.. moga-moga kita menjadi hambaNYA yang beroleh keberuntungan di dunia dan akhirat.
Untuk pengetahuan Tuan2 dan puan2. Program Diagnos & Rawatan percuma akan diteruskan sebagaimana iklan sebelum ini
Di sini
Tuan2 dan Puan2.. Program dan Aktiviti ini sebenarnya berobjektifkan antaranya:
1. Mendekatkan masyarakat kepada rawatan yang dibolehkan dalam Islam dan kaedah Rawatan Islam diperkenalkan.
2. Mengurangkan ketaksuban masyarakat terhadap penyakit-penyakit gangguan jin/syaitan.
3. Memberi dan menyampaikan nasihat untuk sama-sama memartabatkan amalan sunnah dalam kehidupan.
4. Memberi peluang dang ruang kepada masyarakat mengenali PtiafM itu sendiri.
Pun begitu, antara matlamatnya juga adalah untuk mencari dana untuk tabung pembangunan dan keperluan-keperluan Pusat rawatan di Telok Mas Melaka yang merupakan Pusat PtiafM Zon Selatan.
Diharapkan tuan-tuan boleh mewar-warkan program ini dan ia dapat diambil istifadah.
Sekian..
adminblogtiafselatan
Dialu-alukan
Ahli PTIAFM Zon selatan dialukan untuk berkongsi maklumat, tazkirah, pedoman ilmu, kaedah rawatan dan lain-lain. Sila hantar artikal atau hebahan tuan-tuan dan puan-puan ke email tiafselatan@gmail.com . Pihak AJK PTIAFM insya ALLAH akan menilai dan akan mengeluarkan artikal atau hebahan tersebut jika selari dengan matlamat PTIAFM. Syukran 'ala husni mutabi'ikum.
Monday, 27 August 2012
Tuesday, 14 August 2012
Keahlian PtiafM Zon Selatan 2012
Assalamualaikum
Moga Rahmat ALLAH SWT. menaungi semua.. wal HamduliLLAH.. dan salam serta sejahtera buat Junjungan Besar RasuluLLAH SAW..
Tuan2 dan Puan2,
Makluman kepada semua sidang pembaca yang sudah mengisi borang keahlian untuk menjadi ahli PtiafM Zon Selatan.
Bagi saudara2 tuan2 dan puan2 yang telah mengisi borang Keahlian PtiafM Zon Selatan yang belum membuat pembayaran Ahli.. maka diwar-warkan 2 minggu dari sekarang, SU PtiafM Zon Selatan akan mengemaskini data keahlian dan nama-nama berikut yang tidak mengesahkan keahlian dengan membayar yuran keahlian sebanyak RM 10 akan terpadam secara automatik. Bagi yang sudah menjelaskan bayaran diucapkan MABRUK .. moga2 sumbangan tenaga dan diri tuan2 dan puan2 membangunkan Persatuan ini mendapat keberkatan ALLAH SWT.
Admin blog PtiafM Zon Selatan mewar-warkan hal keahlian ini kerana ada ahli yang bertanya akan program yang dijalankan oleh persatuan. Insya ALLAH SWT pihak AJK PtiafM Zon Selatan sedia untuk memberi penerangan jika ada ahli yang tidak paham kenapa mereka menyertai persatuan. Maklumat aktiviti ada/akan dimasukkan dalam blog dari masa ke semasa, Insya ALLAH SWT.
Antara Program yang diadakan untuk Di Ptiaf Zon Selatan:
1. Kuliah rawatan
2. Program Diagnos penyakit setiap hari Jumaat pertama dan ketiga.
3. Perbincangan
4. Aktiviti Jualan
5. Memanah
6. Rehlah
7. Dll.
Sama-sama kita berusaha menjadi Ahli yang taat pada perintah ALLAH SWT dan RasulNYA.. khasnya dalam memartabatkan rawatan selari dengan kehendak syariah Insya ALLAH SWT.
Yang berkhidmat kerana ALLAH SWT.

Saturday, 28 July 2012
Aktiviti Memanah PTIAFM Peringkat Zon Selatan
Assalamualaikum...
Makluman kepada semua ahli PTIAFM khasnya yang berada di Melaka... Insya ALLAH pada tarikh 1 Ogos 2012 bersamaan 12 Ramadhan 1433H ini (Rabu).. akan diadakan satu aktiviti latihan memanah yang bertempat di Pusat memanah Mahkota Parade, Melaka.
Jesteru, sekalian ahli yang mempunyai masa dan qudrat boleh menyertai aktiviti tersebut yang akan bermula Jam 3 petang.
Kehadiran tuan-tuan boleh dimaklumakan kepada Ustaz Abumujahid (0196879224) atau SU Zon Selatan, Ustaz Suriandi.(0197584212)
Kehadiran tuan-tuan memeriahkan lagi aktiviti memanah bagi ahli-ahli di Zon Selatan ini.
Sekian Makluman

Monday, 7 May 2012
Tuesday, 24 April 2012
Ahklak dan Syakhsiah Ahli
Moga-moga menjadi pedoman kita semua ahli/sahabat PTIAFM.
- Tawadhu (Bersikap rendah hati)
Tawadhu adalah bersikap rendah hati, lemah lembut, dan menerima kebenaran dari siapa saja. ALLAH SWT telah menyuruh NabiNYA SAW. Untuk bersikap rendah hati kepada orang yang beriman.
2.
Sentiasa memberi keutamaan kepada lain
ALLAH SWT memuji kaum Ansor dengan sifat mengutamakan orang lain. Kerana dengan bersikap mengutamakan orang lain maka hidup akan bahagia, dan mati in sya ALLAH dalam keadaan mulia. (QS. Al-Hasyr[59]: 9)

3.
Sabar (Al-Sobr)
Sikap sabar merupakan sesuatu yang mulia dan merupakan sifat terpuji, Sifat ini boleh membezakan antara manusia dengan binatang. Dan ini bukan sesuatu yang aneh,
sifat sabar adalah penghulu dari segala kemuliaan dan sumber segala kebaikan
serta sumber segala ketenangan.
Sabar adalah sebuah sifat yang apabila berpegang padanya, maka akan
mendapat cinta ALLAH SWT dan ALLAH SWT juga akan menaruh cinta kepada setiap hati bagi orang yang sabar.
4.
Tawakkal kepada ALLAH SWT
Berserah diri kepada ALLAH SWT (Tawakal) adalah menyerahkan kepada ALLAH SWT, percaya penuh dan yakin dengan perintahNYA.

ALLAH SWT. telah menetapkan, Dia akan mencukupi seluruh keperluan orang yang
bertawakal kepada-Nya, Dia pasti memberi petunjuk kepada orang yang beriman
kepada-Nya. Dia pasti membalas orang yang meminjamkan kebaikan. Dia akan
meyelamatkan orang yang percaya penuh kepada-Nya. Dia pasti mengabulkan Doa
orang yang berdoa kepada-Nya. (QS. Ath-Thalaq[65]: 3)
5.
Bersikap jujur ( Ash-shidhq)
Kejujuran merupakan dasar utama dalam perkataan dan pembicaraan, begitu halnya dalam perbuatan.

Kejujuran selalu menyelamatkan diri dari kehancuran, sedangkan pembohongan/
dusta akan mencampakkan manusia ke lubang kehancuran. Kejujuran
sebagai pusat kepercayaan dari setiap yang dikatakan atau yang dilakukan.
Sebaliknya kebohongan membuat manusis tidak dihormati dan
dipercayai
6.
Menepati janji (Al-Wafa’)
Menepati janji akan mengeluarkan manusia dari gelaran munafiq. Maka perlu dan wajib menepatinya khasnya dalam pengurusan masa.

Monday, 16 April 2012
Majlis Al Habib Umar di Melaka.. Jom Hadir
Insya ALLAH SWT pada tarikh sebagaimana berikut:
26 Jamadilawal 1433/18 April 2012( Rabu)
Bertempat di Masjid Al Azim Melaka
Majlis Kembara Dakwah bersama Al 'Allamah Al Habib Umar Ben Hafiz
Para Ahli Tiaf dan semua muslim dan muslimah yang berada berdekatan dijemput hadir pada majlis berkenaan..
Moga-moga keberkatan para ulama menyinari hidup kita semua. Amin ya RABB
Friday, 13 April 2012
Renungan Matlamat Perubatan Islam
SalamuLLAHi 'alaikum
Islam membenci kejahilan. Jesteru itu umatnya wajib menuntut ilmu dimana sahaja mereka berada. AlhamduliLLAH kita di Malaysia subur dengan majlis-majlis ilmu. Salah satu rantingnya adalah ilmu Perubatan yang merupakan satu cabang Ilmu Fardhu Kifayah .
Imam Al Ghazali telah membahagikan ilmu fardhu Kifayah kepada dua iaitu:
1. Ilmu Syariat spt ilmu tafsir al Quran, ilmu Mustalah hadis, ilmu qiraat dan sebagainya.
2. Ilmu bukan syariat iaitu setiap ilmu yang bertujuan menegakkan urusan dunia yg tidak dapat diketepikan seperti ilmu Perubatan, ilmu hisab ilmu pertanian dll.
Bidang ilmu Rawatan mempunyai matlamat dan tujuan. Matlamatnya melahirkan insan yang bersih jiwa dan nuraninya, mantap dan kuat fizikalnya serta sihat dan soleh pemikirannya. Semua ini dilakukan hanya dengan tujuan mengabdikan diri kepada Zat Yang Maha Esa dengan menggunakan pendekatan yang selamat dan halal.

قال الله في كتابه الكريم
" وما خلقت الجن والأنس إلا ليعبدون"
'Tidak aku jadikan Jin dan Manusia melainkan untuk beribadat/mengabdikan diri kepadaKU'
Perubatan Islam tidak hanya menekankan rawatan bagi penyakit fizikal semata-mata, bahkan melangkaui kepentingan merawat penyakit jiwa manusia. Apabila dilakukan serentak, maka ia adalah yang terbaik. Jika tumpuan hanya kepada rawatan fizikal sahaja, maka akan lahirlah satu generasi yang sihat zahirnya tetapi rosak jiwa dan pemikirannya. Generasi sebegini pastinya akan menggunakan nikmat kesihatan untuk melakukan maksiat dan larangan ALLAH SWT. maka Matlamat utama Perubatan Islam ialah menyeimbangkan kesihatan mental jua fizikal dalam mnegjar penghambaan kepada ALLAH SWT.
بارك الله فيكم والسلام عليكم
Tuesday, 3 April 2012
Doa waktu Dhuha
Assalamualaikum
Doa Solat dhuha..
Sama-sama kita Amalkan Insya ALLAH keberkatan hidup dan kesempurnaan rezeki dari ALLAH SWT jua.

Maksud doa Dhuha ,
“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”
Dari Abu Darda ra, sesungguhnya Rasulullah saw bersabda; ‘Sesungghhnya Allah ‘azzawajalla berfirman, “Wahai anak Adam! Janganlah kamu malas mengerjakan 4 rakaat solat pada permulaan hari (solat Dhuha), nescaya Aku akan mencukupkan (semua keperluan) mu hingga akhir hari itu.” ’ (Hr riwayat Ahmad & perawinya adalah tsiqat, Majmauz Zawaid, ii/492)
” Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.” (HR Tirmizi)
“Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menjauhkan kemiskinan dan tidak ada orang yang memelihara solat kecuali orang yang bertaubat.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi).
Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas” (Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Riwayat Abu Hurairah katanya: “Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikannya sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).

Sunday, 1 April 2012
سلام الله عليكم
Dimulakan Blog PTIAF Zon Selatan dengan
Moga-moga ukhuwwah yang terbina melalui persatuan/pertubuhan ini menyemarakkan lagi rasa ingin mencari redha ALLAH SWT dalam setiap tindak tanduk dan gerak tari kehidupan kita semua khasnya Ahli dan Sahabat TIAF sekalian.
Ruang blog yang dihasilkan ini khas memaparkan segala artikal tazkirah dan panduan serta coretan yanag tidak keluar dari kehendak dan lantasan Aqidah ahli Sunnah wal Jamaah serta Syariah Islam
In sya ALLAH.
Juga setiap hebahan umum kepada ahli-ahli dan sahabat-sahabat TIAF Zon Selatan khasnya dan semua Sahabat dan Ahli PTIAFM.
Semoga ALLAH SWT memberkahi kehidupan tuan-tuan dan puan-puan sekalian.
Wassalamu 'alaikum .
Subscribe to:
Posts (Atom)