Terapi Islam Al Fatah Zon Selatan: Renungan Matlamat Perubatan Islam

Dialu-alukan

Ahli PTIAFM Zon selatan dialukan untuk berkongsi maklumat, tazkirah, pedoman ilmu, kaedah rawatan dan lain-lain. Sila hantar artikal atau hebahan tuan-tuan dan puan-puan ke email tiafselatan@gmail.com . Pihak AJK PTIAFM insya ALLAH akan menilai dan akan mengeluarkan artikal atau hebahan tersebut jika selari dengan matlamat PTIAFM. Syukran 'ala husni mutabi'ikum.

Friday 13 April 2012

Renungan Matlamat Perubatan Islam

SalamuLLAHi 'alaikum

Islam membenci kejahilan. Jesteru itu umatnya wajib menuntut ilmu dimana sahaja mereka berada. AlhamduliLLAH kita di Malaysia subur dengan majlis-majlis ilmu. Salah satu rantingnya adalah ilmu Perubatan yang merupakan satu cabang Ilmu Fardhu Kifayah .

Imam Al Ghazali telah membahagikan ilmu fardhu Kifayah kepada dua iaitu:

 1. Ilmu Syariat spt ilmu tafsir al Quran, ilmu Mustalah hadis, ilmu qiraat dan sebagainya.

 2. Ilmu bukan syariat iaitu setiap ilmu yang bertujuan menegakkan urusan dunia yg tidak dapat diketepikan seperti ilmu Perubatan, ilmu hisab ilmu pertanian dll.

Bidang ilmu Rawatan mempunyai matlamat dan tujuan. Matlamatnya melahirkan insan yang bersih jiwa dan nuraninya, mantap dan kuat fizikalnya serta sihat dan soleh pemikirannya. Semua ini  dilakukan hanya dengan tujuan mengabdikan diri kepada Zat Yang Maha Esa dengan menggunakan pendekatan yang selamat dan halal.

قال الله في كتابه الكريم
 " وما خلقت الجن والأنس إلا ليعبدون"

'Tidak aku jadikan Jin dan Manusia melainkan untuk beribadat/mengabdikan diri kepadaKU'

Perubatan Islam tidak hanya menekankan rawatan bagi penyakit fizikal semata-mata, bahkan melangkaui kepentingan merawat penyakit jiwa manusia. Apabila dilakukan serentak, maka ia adalah yang terbaik. Jika tumpuan hanya kepada rawatan fizikal sahaja, maka akan lahirlah satu generasi yang sihat zahirnya tetapi rosak jiwa dan pemikirannya. Generasi sebegini pastinya akan menggunakan nikmat kesihatan untuk melakukan maksiat dan larangan ALLAH SWT. maka Matlamat utama Perubatan Islam ialah menyeimbangkan kesihatan mental jua fizikal dalam mnegjar penghambaan kepada ALLAH SWT. 

بارك الله فيكم والسلام عليكم


No comments:

Post a Comment