Assalamualaikum
AlhamduliLLAH thummal HamduliLLAH..
Pihak PtiafM Zon Selatan mengucapkan selamat Menyambut Syawal.. didalamnya ada puasa 6 , dikurniakan oleh ALLAH SWT kepada kita, untuk mengurangkan kerinduan kita kepada Ramadhan yang berlalu. mengajar ummatnya bersyukur dan membesarkanNYA.. moga-moga kita menjadi hambaNYA yang beroleh keberuntungan di dunia dan akhirat.
Untuk pengetahuan Tuan2 dan puan2. Program Diagnos & Rawatan percuma akan diteruskan sebagaimana iklan sebelum ini
Di sini
Tuan2 dan Puan2.. Program dan Aktiviti ini sebenarnya berobjektifkan antaranya:
1. Mendekatkan masyarakat kepada rawatan yang dibolehkan dalam Islam dan kaedah Rawatan Islam diperkenalkan.
2. Mengurangkan ketaksuban masyarakat terhadap penyakit-penyakit gangguan jin/syaitan.
3. Memberi dan menyampaikan nasihat untuk sama-sama memartabatkan amalan sunnah dalam kehidupan.
4. Memberi peluang dang ruang kepada masyarakat mengenali PtiafM itu sendiri.
Pun begitu, antara matlamatnya juga adalah untuk mencari dana untuk tabung pembangunan dan keperluan-keperluan Pusat rawatan di Telok Mas Melaka yang merupakan Pusat PtiafM Zon Selatan.
Diharapkan tuan-tuan boleh mewar-warkan program ini dan ia dapat diambil istifadah.
Sekian..
adminblogtiafselatan
No comments:
Post a Comment