Terapi Islam Al Fatah Zon Selatan: Keahlian PtiafM Zon Selatan 2012

Dialu-alukan

Ahli PTIAFM Zon selatan dialukan untuk berkongsi maklumat, tazkirah, pedoman ilmu, kaedah rawatan dan lain-lain. Sila hantar artikal atau hebahan tuan-tuan dan puan-puan ke email tiafselatan@gmail.com . Pihak AJK PTIAFM insya ALLAH akan menilai dan akan mengeluarkan artikal atau hebahan tersebut jika selari dengan matlamat PTIAFM. Syukran 'ala husni mutabi'ikum.

Tuesday 14 August 2012

Keahlian PtiafM Zon Selatan 2012

Assalamualaikum

Moga Rahmat ALLAH SWT. menaungi semua.. wal HamduliLLAH.. dan salam serta sejahtera buat Junjungan Besar RasuluLLAH SAW..


Tuan2 dan Puan2,

  Makluman kepada semua sidang pembaca yang sudah mengisi borang keahlian untuk menjadi ahli PtiafM Zon Selatan.

     Bagi saudara2 tuan2 dan puan2 yang telah mengisi borang Keahlian PtiafM Zon Selatan yang belum membuat pembayaran Ahli.. maka diwar-warkan 2 minggu dari sekarang, SU PtiafM Zon Selatan akan mengemaskini data keahlian dan nama-nama berikut yang tidak mengesahkan keahlian dengan membayar yuran keahlian sebanyak RM 10 akan terpadam secara automatik. Bagi yang sudah menjelaskan bayaran diucapkan MABRUK .. moga2 sumbangan tenaga dan diri tuan2 dan puan2 membangunkan Persatuan ini mendapat keberkatan ALLAH SWT.

    Admin blog PtiafM Zon Selatan mewar-warkan hal keahlian ini kerana ada ahli yang bertanya akan program yang dijalankan oleh persatuan. Insya ALLAH SWT pihak AJK PtiafM Zon Selatan sedia untuk memberi penerangan jika ada ahli yang tidak paham kenapa mereka menyertai persatuan. Maklumat aktiviti ada/akan dimasukkan dalam blog dari masa ke semasa,  Insya ALLAH SWT.

Antara Program yang diadakan untuk Di Ptiaf Zon Selatan:
   1. Kuliah rawatan
   2. Program Diagnos penyakit setiap hari Jumaat pertama dan ketiga.
   3. Perbincangan
   4. Aktiviti Jualan
   5. Memanah
   6. Rehlah
   7. Dll.

     Sama-sama kita berusaha menjadi Ahli yang taat pada perintah ALLAH SWT dan RasulNYA.. khasnya dalam memartabatkan rawatan selari dengan kehendak syariah Insya ALLAH SWT.

Yang berkhidmat kerana ALLAH SWT.

No comments:

Post a Comment