Terapi Islam Al Fatah Zon Selatan: Mesyuarat PTIAFM kali ke 2

Dialu-alukan

Ahli PTIAFM Zon selatan dialukan untuk berkongsi maklumat, tazkirah, pedoman ilmu, kaedah rawatan dan lain-lain. Sila hantar artikal atau hebahan tuan-tuan dan puan-puan ke email tiafselatan@gmail.com . Pihak AJK PTIAFM insya ALLAH akan menilai dan akan mengeluarkan artikal atau hebahan tersebut jika selari dengan matlamat PTIAFM. Syukran 'ala husni mutabi'ikum.

Monday 18 March 2013

Mesyuarat PTIAFM kali ke 2

Assalamualaikum

AlhamduliLLAH.. tanggal 16/3/2013 lepas satu Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 2 ( Persatuan Terapi Islam Al Fatah Malaysia) berlangsung dengan sempurna di Pusat Belia Antarabangsa Cheras Kuala Lumpur.

Antara Perkara yang besar yang akan berlangsung di bawah PTIAFM ialah Pengajian Diploma Perubatan Tiaf.

Pengajian ini akan bertempat di Melaka iaitu di Telok Mas Melaka dan di bahagian Utara. Bagi Ahli PtiafM yang berminat boleh memohon kerana tempat pengajian adalah terhad. Bagi yang bukan ahli PTIAFM boleh merujuk dan mendapatkan maklumat kepada Sekreteriat Diploma Perubatan TIAF.

Insya ALLAH kami memohon agar dipermudahkan urusan pengajian Diploma Perubatan TIAF dan melancarkan perancangan yang dirancang.

Dalam mesyuarat lepas juga, banyak aktiviti yang dicadangkan dan dirancang... akan tetapi semua yang dirancang akan lebih bermakna dengan penyertaan daripada keseluruhan ahli PtiafM yang telah mendaftar.

BarakaLLAHu kepada semua AJK Pusat PTIAFM, AJK2 peringkat zon, Ahli2 PTIAFM yang hadir pada AGM kali ke 2 dan x lupa didoakan kesejahteraan ruang dan masa kepada semua ahli PTIAFM...

Sekian.




No comments:

Post a Comment