Terapi Islam Al Fatah Zon Selatan: August 2012

Dialu-alukan

Ahli PTIAFM Zon selatan dialukan untuk berkongsi maklumat, tazkirah, pedoman ilmu, kaedah rawatan dan lain-lain. Sila hantar artikal atau hebahan tuan-tuan dan puan-puan ke email tiafselatan@gmail.com . Pihak AJK PTIAFM insya ALLAH akan menilai dan akan mengeluarkan artikal atau hebahan tersebut jika selari dengan matlamat PTIAFM. Syukran 'ala husni mutabi'ikum.

Monday 27 August 2012

Program Diagnos diteruskan

Assalamualaikum

AlhamduliLLAH thummal HamduliLLAH..

Pihak PtiafM Zon Selatan mengucapkan selamat Menyambut Syawal.. didalamnya ada puasa 6 , dikurniakan oleh ALLAH SWT kepada kita, untuk mengurangkan kerinduan kita kepada Ramadhan yang berlalu. mengajar ummatnya bersyukur dan membesarkanNYA.. moga-moga kita menjadi hambaNYA yang beroleh keberuntungan di dunia dan akhirat.

Untuk pengetahuan Tuan2 dan puan2. Program Diagnos & Rawatan percuma akan diteruskan sebagaimana iklan sebelum ini

Di sini

Tuan2 dan Puan2.. Program dan Aktiviti ini sebenarnya berobjektifkan antaranya:

1. Mendekatkan masyarakat kepada rawatan yang dibolehkan dalam Islam dan kaedah Rawatan Islam diperkenalkan.
2. Mengurangkan ketaksuban masyarakat terhadap penyakit-penyakit gangguan jin/syaitan.
3. Memberi dan menyampaikan nasihat untuk sama-sama memartabatkan amalan sunnah dalam kehidupan.
4. Memberi peluang dang ruang kepada masyarakat mengenali PtiafM itu sendiri.

Pun begitu, antara matlamatnya juga adalah untuk mencari  dana  untuk tabung pembangunan dan keperluan-keperluan Pusat rawatan di Telok Mas Melaka yang merupakan Pusat PtiafM Zon Selatan.

Diharapkan tuan-tuan boleh mewar-warkan program ini dan ia dapat diambil istifadah.

Sekian..

adminblogtiafselatan

Tuesday 14 August 2012

Keahlian PtiafM Zon Selatan 2012

Assalamualaikum

Moga Rahmat ALLAH SWT. menaungi semua.. wal HamduliLLAH.. dan salam serta sejahtera buat Junjungan Besar RasuluLLAH SAW..


Tuan2 dan Puan2,

  Makluman kepada semua sidang pembaca yang sudah mengisi borang keahlian untuk menjadi ahli PtiafM Zon Selatan.

     Bagi saudara2 tuan2 dan puan2 yang telah mengisi borang Keahlian PtiafM Zon Selatan yang belum membuat pembayaran Ahli.. maka diwar-warkan 2 minggu dari sekarang, SU PtiafM Zon Selatan akan mengemaskini data keahlian dan nama-nama berikut yang tidak mengesahkan keahlian dengan membayar yuran keahlian sebanyak RM 10 akan terpadam secara automatik. Bagi yang sudah menjelaskan bayaran diucapkan MABRUK .. moga2 sumbangan tenaga dan diri tuan2 dan puan2 membangunkan Persatuan ini mendapat keberkatan ALLAH SWT.

    Admin blog PtiafM Zon Selatan mewar-warkan hal keahlian ini kerana ada ahli yang bertanya akan program yang dijalankan oleh persatuan. Insya ALLAH SWT pihak AJK PtiafM Zon Selatan sedia untuk memberi penerangan jika ada ahli yang tidak paham kenapa mereka menyertai persatuan. Maklumat aktiviti ada/akan dimasukkan dalam blog dari masa ke semasa,  Insya ALLAH SWT.

Antara Program yang diadakan untuk Di Ptiaf Zon Selatan:
   1. Kuliah rawatan
   2. Program Diagnos penyakit setiap hari Jumaat pertama dan ketiga.
   3. Perbincangan
   4. Aktiviti Jualan
   5. Memanah
   6. Rehlah
   7. Dll.

     Sama-sama kita berusaha menjadi Ahli yang taat pada perintah ALLAH SWT dan RasulNYA.. khasnya dalam memartabatkan rawatan selari dengan kehendak syariah Insya ALLAH SWT.

Yang berkhidmat kerana ALLAH SWT.