Terapi Islam Al Fatah Zon Selatan: April 2012

Dialu-alukan

Ahli PTIAFM Zon selatan dialukan untuk berkongsi maklumat, tazkirah, pedoman ilmu, kaedah rawatan dan lain-lain. Sila hantar artikal atau hebahan tuan-tuan dan puan-puan ke email tiafselatan@gmail.com . Pihak AJK PTIAFM insya ALLAH akan menilai dan akan mengeluarkan artikal atau hebahan tersebut jika selari dengan matlamat PTIAFM. Syukran 'ala husni mutabi'ikum.

Tuesday 24 April 2012

Ahklak dan Syakhsiah Ahli


Moga-moga menjadi pedoman kita semua ahli/sahabat PTIAFM.



  1. Tawadhu (Bersikap rendah hati)
    Tawadhu adalah bersikap rendah hati, lemah lembut, dan menerima kebenaran dari siapa saja. ALLAH SWT telah menyuruh NabiNYA SAW. Untuk bersikap rendah hati kepada orang yang beriman.



2.   Sentiasa memberi keutamaan kepada lain 
     ALLAH SWT memuji kaum Ansor dengan sifat mengutamakan orang lain. Kerana dengan bersikap mengutamakan orang lain maka hidup akan bahagia, dan mati in sya ALLAH dalam keadaan mulia. (QS. Al-Hasyr[59]: 9)



3.   Sabar (Al-Sobr)
Sikap sabar merupakan sesuatu yang mulia dan merupakan sifat terpuji, Sifat ini boleh membezakan antara manusia dengan binatang. Dan ini bukan sesuatu yang aneh, sifat sabar adalah penghulu dari segala kemuliaan dan sumber segala kebaikan serta sumber segala ketenangan.

Sabar adalah sebuah sifat yang apabila berpegang padanya, maka akan mendapat cinta ALLAH SWT dan ALLAH SWT juga akan menaruh cinta kepada setiap hati bagi orang yang sabar.


 
4.   Tawakkal kepada ALLAH SWT
    Berserah diri kepada ALLAH SWT (Tawakal) adalah menyerahkan kepada ALLAH SWT, percaya penuh dan yakin dengan perintahNYA.

ALLAH SWT. telah menetapkan, Dia akan mencukupi seluruh keperluan orang yang bertawakal kepada-Nya, Dia pasti memberi petunjuk kepada orang yang beriman kepada-Nya. Dia pasti membalas orang yang meminjamkan kebaikan. Dia akan meyelamatkan orang yang percaya penuh kepada-Nya. Dia pasti mengabulkan Doa orang yang berdoa kepada-Nya. (QS. Ath-Thalaq[65]: 3)


 
5.   Bersikap jujur ( Ash-shidhq)
    Kejujuran merupakan dasar utama dalam perkataan dan pembicaraan, begitu halnya dalam perbuatan.

Kejujuran selalu menyelamatkan diri dari kehancuran, sedangkan pembohongan/ dusta akan mencampakkan manusia ke lubang kehancuran. Kejujuran sebagai pusat kepercayaan dari setiap yang dikatakan atau yang dilakukan. Sebaliknya kebohongan membuat manusis tidak dihormati dan dipercayai

6.   Menepati janji (Al-Wafa’)
    Menepati janji akan mengeluarkan manusia dari gelaran munafiq. Maka perlu dan wajib menepatinya khasnya dalam pengurusan masa.

Monday 16 April 2012

Majlis Al Habib Umar di Melaka.. Jom Hadir


Insya ALLAH SWT pada tarikh sebagaimana berikut:

26 Jamadilawal 1433/18 April 2012( Rabu)
Bertempat di Masjid Al Azim Melaka

Majlis Kembara Dakwah bersama  Al 'Allamah Al Habib Umar Ben Hafiz
Para Ahli Tiaf  dan semua muslim dan muslimah yang berada berdekatan dijemput hadir pada majlis berkenaan..

Moga-moga keberkatan para ulama menyinari hidup kita semua. Amin ya RABB




Friday 13 April 2012

Renungan Matlamat Perubatan Islam

SalamuLLAHi 'alaikum

Islam membenci kejahilan. Jesteru itu umatnya wajib menuntut ilmu dimana sahaja mereka berada. AlhamduliLLAH kita di Malaysia subur dengan majlis-majlis ilmu. Salah satu rantingnya adalah ilmu Perubatan yang merupakan satu cabang Ilmu Fardhu Kifayah .

Imam Al Ghazali telah membahagikan ilmu fardhu Kifayah kepada dua iaitu:

 1. Ilmu Syariat spt ilmu tafsir al Quran, ilmu Mustalah hadis, ilmu qiraat dan sebagainya.

 2. Ilmu bukan syariat iaitu setiap ilmu yang bertujuan menegakkan urusan dunia yg tidak dapat diketepikan seperti ilmu Perubatan, ilmu hisab ilmu pertanian dll.

Bidang ilmu Rawatan mempunyai matlamat dan tujuan. Matlamatnya melahirkan insan yang bersih jiwa dan nuraninya, mantap dan kuat fizikalnya serta sihat dan soleh pemikirannya. Semua ini  dilakukan hanya dengan tujuan mengabdikan diri kepada Zat Yang Maha Esa dengan menggunakan pendekatan yang selamat dan halal.

قال الله في كتابه الكريم
 " وما خلقت الجن والأنس إلا ليعبدون"

'Tidak aku jadikan Jin dan Manusia melainkan untuk beribadat/mengabdikan diri kepadaKU'

Perubatan Islam tidak hanya menekankan rawatan bagi penyakit fizikal semata-mata, bahkan melangkaui kepentingan merawat penyakit jiwa manusia. Apabila dilakukan serentak, maka ia adalah yang terbaik. Jika tumpuan hanya kepada rawatan fizikal sahaja, maka akan lahirlah satu generasi yang sihat zahirnya tetapi rosak jiwa dan pemikirannya. Generasi sebegini pastinya akan menggunakan nikmat kesihatan untuk melakukan maksiat dan larangan ALLAH SWT. maka Matlamat utama Perubatan Islam ialah menyeimbangkan kesihatan mental jua fizikal dalam mnegjar penghambaan kepada ALLAH SWT. 

بارك الله فيكم والسلام عليكم


Tuesday 3 April 2012

Doa waktu Dhuha

Assalamualaikum

Doa Solat dhuha..

Sama-sama kita Amalkan Insya ALLAH keberkatan hidup dan kesempurnaan rezeki dari ALLAH SWT jua.


Maksud doa Dhuha ,

“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”

Dari Abu Darda ra, sesungguhnya Rasulullah saw bersabda; ‘Sesungghhnya Allah ‘azzawajalla berfirman, “Wahai anak Adam! Janganlah kamu malas mengerjakan 4 rakaat solat pada permulaan hari (solat Dhuha), nescaya Aku akan mencukupkan (semua keperluan) mu hingga akhir hari itu.” ’ (Hr riwayat Ahmad & perawinya adalah tsiqat, Majmauz Zawaid, ii/492)

” Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.” (HR Tirmizi)

“Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menjauhkan kemiskinan dan tidak ada orang yang memelihara solat kecuali orang yang bertaubat.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi).

Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas” (Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Riwayat Abu Hurairah katanya: “Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikannya sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).


Sunday 1 April 2012

سلام الله عليكم


Dimulakan Blog PTIAF Zon Selatan dengan


Moga-moga ukhuwwah yang terbina melalui persatuan/pertubuhan ini menyemarakkan lagi rasa ingin mencari redha ALLAH SWT dalam setiap tindak tanduk dan gerak tari kehidupan kita semua khasnya Ahli dan Sahabat TIAF sekalian.

Ruang blog yang dihasilkan ini khas memaparkan segala artikal tazkirah dan panduan serta coretan yanag tidak keluar dari kehendak dan lantasan Aqidah ahli Sunnah wal Jamaah serta Syariah Islam
 In sya ALLAH.

Juga setiap hebahan umum kepada ahli-ahli dan sahabat-sahabat TIAF Zon Selatan khasnya dan semua Sahabat dan Ahli PTIAFM.

Semoga ALLAH SWT memberkahi kehidupan tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

Wassalamu 'alaikum .